..... apa ada!?
HOMESTAY GOPENG berdaftar dengan
Kementerian Pelancongan Malaysia. Kampung Jelintoh, Kampung Sungai Itek dan
Kampung Pintu Padang bergabung sebagai Homestay Gopeng. Berkereta dari pekan
Gopeng hanya sekitar 10 minit. Gabungan tiga buah kampong ini masih terkenal
mengamalkan tradisi masyarakat Rao yang berasal dari Sumatera, Indonesia.
hai, selamatlah datang!
Aktiviti
Aktiviti utama Homestay Gopeng ialah menerima kedatangan pelancong untuk tinggal bersama penduduk kampung. Alami sendiri pengalaman tinggal bersama keluarga angkat. Tinggal bersama orang kampung buat beberapa hari adalah peluang mendapatkan pengetahuan dan pengalaman lain dari yang lainnya. Jangan terkejut dengan Bahasa Rao sebagai pertuturan seharian mereka walau hampir sahaja sama dengan bahasa Minang, Negeri Sembilan namun pasti terdapat perbezaan diantaranya.
Adat
Aktiviti utama Homestay Gopeng ialah menerima kedatangan pelancong untuk tinggal bersama penduduk kampung. Alami sendiri pengalaman tinggal bersama keluarga angkat. Tinggal bersama orang kampung buat beberapa hari adalah peluang mendapatkan pengetahuan dan pengalaman lain dari yang lainnya. Jangan terkejut dengan Bahasa Rao sebagai pertuturan seharian mereka walau hampir sahaja sama dengan bahasa Minang, Negeri Sembilan namun pasti terdapat perbezaan diantaranya.
Adat
Penyelaras Homestay Gopeng bersedia
menyusun acara sambutan, permainan, melawat persekitaran, aktiviti Sungai
Kampar, jamuan makanan tradisional Rao, dan persembahan adat yang masih
diamalkan disini. Adat ‘berjojak’ adalah satu upacara yang masih menjadi amalan
masyarakat Rao. Seseorang kanak kanak itu ‘pantang tanah’ bermula sejak
kelahirannya. Kanak kanak yang melanggar pantang akibat terkena tanah
sebelum upacara ‘berjojak’ akan muntah-muntah, cirit-birit, gatal-gatal dan
beberapa perkara negatif lain akan berlaku keatasnya. Ketika berumur
sekitar 15 bulan satu majlis khas akan diadakan bagi kanak kanak tersebut dengan menjejakkan kakinya ketanah. Upacara itu dilakukan seorang lelaki yang dirujuk sebagai ‘bomoh’ oleh
penduduk kampung kerana beliau juga biasanya mempunyai keupayaan mengubati
penyakit secara tradisional. Selalunya diadakan kenduri pada majlis itu.
adat berjojak
Makanan Tradisi
Makanan tradisional Rao yang sangat lazat ialah masak asam daging dan kelamai. Memasak kelamai sama sahaja dengan lemang didalam buluh dan dibakar. Bahan dan cara membuatnya yang betul membolehkan ianya tahan setahun. Disediakan sebagai juadah wajib di hari raya, tatapi elok lagi hingga raya tahun depan. Anda boleh merasai membakar kelamai yang memakan masa 4 jam baru masak dan menikmatinya
kelamai
Datanglah
sebagai kelompok kecil mau pun rombongan untuk mengalami sendiri. Sudah ramai
yang menyertai dengan rasa kepuasan dihati dan kenangan yang tidak dapat
dilupakan. Ramai dikalangan pengunjung dari dalam dan luar negeri menjadikan
keluarga angkat mereka seperti keluarga sendiri dan sentiasa saling berhubung dan berjumpa.
‘Inap Stay’
‘Inap Stay’
Bagi
kumpulan atau sekeluarga yang mahu menginap didalam sebuah rumah tradisional
yang dilengkapi kemudahan, pihak penyelaras menyediakan beberapa buah sebagai ‘inap
stay’. Terpulang samada untuk menggunakan khidmat aturcara yang disediakan atau
lebih senang dengan melakukan aktiviti sendiri sahaja.
Salah satu rumah 'Inap Stay'
Silalah datang .....